Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan 1434

Assalamualaikum...




Esok, 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434 adalah hari pertama umat Islam akan mula berpuasa.. Saya pasti ramai yang menunggu bulan puasa ini datang lagi... kerana bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan penuh ujian, juga bulan penuh kemanisan.. Pada bulan inilah kita dapat lihat umat manusia ramai berpusu-pusu ke surau dan masjid menunaikan Solat Terawih, dan inilah peluang untuk keluarga berbuka puasa bersama setelah seharian sibuk di tempat kerja...



Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Dan bagi saya sendiri, bulan Ramadhan ini adalah bulan yang telah lama ditunggu.. atas nama keberkatan bulan Ramadhan, saya berharap dapat melakukan ibadah puasa, solat dan menambah baik ibadah saya selama ini.. Semoga Allah SWT beri semangat Ramadhan ini kepada saya untuk saya menjadi insan yang lebih baik dari dahulu, semalam dan hari2 yang akan datang. In Shaa Allah kehadiran Ramadhan kali ini tidak akan saya persiakan.. Amin.. Semoga Allah SWT beri saya kekuatan untuk menjadi lebih baik dan dapat beristiqamah dalam menuju kebaikan itu...

Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua, dan semoga kita akan mendapat puasa yang diterima Allah SWT, bukan puasa yang sekadar lapar dan dahaga sahaja.. Dugaan yang dilalui semoga dapat dhadapi dengan bersabar dan penuh keredhaan..

Usaha dan terus berusaha untuk terus menjadi insan yang terbaik
di sisi ALLAH SWT... :=)

4 comments:

Nur Fariha said...

suka2 jer efa.. nampak kan.. baru start minggu lepas.. masih baby sangat...hehhe... Apapun, Selamat Berpuasa yer efa..

ZAKARIA said...

Salam ramdhan

Anonymous said...

Selamat Berpuasa kak farah...

Nur Fariha said...

Terima kasih.. Nisah ke ??:)