Assalamualaikum..
Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya nak berkongsi tentang Teknik Pembelajaran Al-Quran Cara Al-Baghdadi.. Sebenarnya teknik ni antara teknik terbaru untuk cepat membaca Al-Quran..
Saya mula kenal kaedah ni masa mengikuti Bengkel Pembelajaran Al-Quran Cara Al-Baghdadi di pejabat saya… Alhamdulillah masa tu direzekikan Allah SWT untuk menghadiri kelas ini… Dibukakan hati untuk belajar lagi Al-Quran. Sebelum ni hanya pasang niat nak belajar Al-Quran, nak memperbaiki lagi cara bacaan, tapi sayangnya tak berusaha bersungguh untuk mencari ilmu itu.. jadi dari hari ke hari, niat tu hanya saya sampai di dalam hati..
Dengan izin Allah, perasaan ingin belajar begitu mendesak kali ini. Alhamdulillah dipermudahkan lagi oleh Allah SWT, secara tiba2 kursus mengaji itu di’offer’ di pejabat dan saya terus daftar untuk join sekali kelas tu (Terima kasih bos sebab bagi pelepasan untuk 6 kali kelas).
Kalau ada sesiapa yang biasa tengok ASTRO OASIS, mungkin korang pernah tengok rancangan ni…
Itulah Teknik Al-Baghdadi.. belajar mengaji cara ketukan.. Dan mari kita tengok gambar buku yang saya dapat masa kursus beserta alat ketukan…
TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
•Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
•Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
•Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
•Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
•Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
•Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan
TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
ALAT KETUKAN
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Pada pendapat saya, saya rasa Teknik Mengaji Kaedah Al-Baghdadi cukup menarik dan mudah dan sistematik sebab….
- Setiap pelajar tidak akan ditanya secara individu, semuanya akan dibuat secara berkumpulan. Jadi kita tidak akan merasa malu untuk belajar.. apatah lagi kita yang telah dewasa ini.
- Kita tahu membaca Al-Quran, tapi kita tidak lancar untuk membaca, kadang2 kita ragu2 dan teragak2 dengan sebutan setiap huruf serta bunyi yang keluar darinya. Dan di kelas ini kita akan di ajar dari asas bacaan. Dalam buku tajwidnya juga ada ditunjukkan kaedah sebutan setiap huruf.
- Setiap pembelajaran akan diulang-ulang dalam pelbagai teknik bacaan antaranya Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis).
- Setiap dari peserta yang tamat hadir ke kelas ini In Shaa Allah akan boleh belajar mengaji Al-Quran dengan lancar dan tartil. Tapi kenalah selalu mengaji supaya tak lupa.. yer tak?? :) Dan seeloknya kalau dapat mengaji depan cikgu lagi bagus sebab boleh belajar secara direct dengan orang yang lebih arif dan mahir..
6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran.
Tambahan pula, kelas kami ini diajar oleh Ustaz yang baik, suka melawak juga.. jadi kelas tidak hambar dan bosan. Sambil belajar, adakalanya Ustaz melawak.. tapi, ketawa2 juga, belajar tetap belajar… dengan cara penjelasan Ustaz yang jelas berkenaan Tajwid dan sebutan huruf, memang saya akui banyak memperbaiki pembacaan Al-Quran saya.. (Tapi saya tahu saya kena terus belajar dan belajar..)
Dan paling tidak saya lupa, dalam 20 minit sebelum kelas tamat, Ustaz pasti memberi tazkirah.. Dan ada yang pernah saya muatkan dalam entry saya sebelum ini.. Di mana Ustaz menekankan betapa pentingnya solat di awal waktu, bersedekah dan mengaji Al-Quran… Pesan ustaz, ALLAH DULU, ALLAH LAGI, ALLAH TERUS....
Terima Kasih Ustaz.. nasihat Ustaz akan kami ingati, dan diusahakan untuk diamalkan pada setiap masa..
Dan paling terima kasih adalah pada my En. Suami yang sudi bangun awal dan sama2 hantar anak awal ke Taska dan rumah bbsitter sebab saya nak kena naik komuter pukul 6.15 pagi untuk sampai office pukul 7.20 pagi, since naik kereta office...Terima kasih En. Suami... :)))
No comments:
Post a Comment