Assalamualaikum....
Petang tadi lebih kurang jam 2 petang, saya terima mesej dari group classmate, menyatakan yang seorang teman sekolah kami meninggal dunia kerana bleeding akibat terjatuh, dan arwah dimaklumkan baru saja menjalani operation buang tiriod. Al-Fatihah buat arwah......
..................................................
...........................
Saya memang agak terkejut mendengar berita itu. walaupun tidak begitu mengenali arwah, tapi kawan2 kata yang dia seorang yang rendah diri..Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beruntung di sana...Amin...
Bila direnung semula,memang kadangkala diakui kita terlupa pada kematian. Kita lalai pada keindahan dunia hingga kita lupa yang kematian sedang menanti kita, tak kira bila dan di mana..kita sibukkan mengumpul harta dunia, seronok dengan hiburan dunia, sibuk dengan pangkat dan pujian manusia, sampai kita lupa mengumpul untuk membawa bekal di akhirat kelak.. kadangkala saya sendiri bertanya pada diri sendiri, apa amalanku, berapa banyak bekalku untuk ku bawa bertemu Allah..adakah yakin 3 amalan yang akan dibawa selepas kematian itu pasti untuk diperolehi (ilmu yang bermanfaat, doa anak2 yang soleh dan sedekah amal jariah)...
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, saya ingin kongsikan sedikit pesanan dari ustaz yang mengajar saya di bengkel mengaji baru2 ini..3 perkara yang amat ustaz tekankan adalah... SOLAT DI AWAL WAKTU, MENGAJI AL- QURAN dan BERSEDEKAH..
Sedekah lah bekalan kita di akhirat sebab ustaz kata gaji kita bukan hak mutlak kita, perlu disedekahkan kepada orang lain, dan jika tidak, Allah sendiri yang akan mengambil gaji kita.. sebab itu kadang time gajilah kereta mula rosak, tiba2 anak sakit, tiba2 duit hilang... itu semua adalah sebab Allah hendak beri peringatan buat kita yang lupa..kita yang lalai..kita yang pelokek..sucikan harta kita dan bersedekahlah..kerana sedekah tidak akan sekali2 membuat kita menjadi papa kedana..yakinlah pada janji Allah..yang mana Allah akan beri 10 kali ganda daripada sedekah kita itu,cepat atau lambat saja..cuma perlu diingatkan kawan2 semua..timbalan yang Allah beri bukan saja dalam bentuk duit dan harta,tetapi juga mungkin Allah beri kita kesihatan yang baik, anak2 yang soleh solehah, orang keliling sentiasa sayang dengan kita..kerana rezeki itu datang dalam pelbagai jenis bentuk.....
Dan banyak2 lah mengaji..mohon kepada Allah direzekikan untuk mengaji pada waktu siang dan malam..kerana Al-Quran itulah yang bakal menjadi peguam bela kita di akhirat nanti..Amin..amin.. moga saya juga direzekikan untuk sentiasa membaca Al-Quran setiap masa,siang dan malam....
Sharing is caring... usaha untuk hidup bertambah baik di sisi Allah... :-)
No comments:
Post a Comment