Assalamualaikum...
Hari ni sudah masuk 24 hari kita berpuasa... Alhamdulillah, hampir tak terasa yang sudah di hujung Ramadhan..
Bagi saya, tahun ini adalah antara Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup saya.. penuh dengan kemanisan hidup.. Ye, walaupun perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik dari dulu belum sesempurna mana, masih banyak lompangnya, masih ada cuai dan culasnya, malahan kadangkala ada masanya dilalaikan kerana sibukkan dunia.. namun sedikit sebanyak Ramadhan kali ini, saya tahu saya ada usaha untuk menjadi setapak lebih baik.. dan semoga saya akan terus mendaki tapak itu demi mencari cinta Ilahi.. Amin.. Semoga diri ini tidak bosan, tidak jemu dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah.. dan semoga diri ini juga dapat memupuk sifat bersabar dalam menghadapi dugaan dunia, karenah anak2, rakan sekerja, suami, kelaurga, kesusahan, kesukaran dan lain2 dugaan..
Bersangka baik dengan Allah itu perlu diingat selalu Farah...
Ohh yaa... saya juga ingin kongsi majlis yang baru2 ini diadakan di Kementerian..Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran.. Penyertaan boleh tahan ramai.. dan sambutan dari peserta lelaki juga Alhamdulillah.. (tempat saya, kalau bab2 agama ni, biasanya akan dipenuhi dengan wanita saja.. lelaki tak tau ke mana.. huhuhu)
Ini kali pertama dalam seumur hidup saya pergi mengahdiri Tadarus Al-Quran.. Kenapa saya tak pernah join yer selama ni?? huhuhu.. sebab saya tahu saya tak berapa pandai mengaji, tajwid juga ada yang silapnya, mengaji juga tidak berlagu.. saya sangka semua kesempurnaan ini perlu untuk hadir Tadarus..
Tapi rupanya saya SILAP BESAR!!!
Cara Tadarus Kami
Kami dibahagikan dengan kumpulan dan dalam satu kumpulan ada dalam 5-10 orang peserta.. setiap kumpulan perlu menghabiskan 2 juzuk Al-Quran di mana setiap orang akan baca satu muka, dan kemudian orang sebelahnya akan sambung.. san seterusnya sampailah habis 2 Juzuk itu.. Kami akan dipimpin oleh seorang Ustazah yang dijemput khas dari JAKIM untuk memonitor dan membetulkan bacaan kami jika ada silap dan salahnya... Kumpulan saya dapat Juzuk 13-14.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini, tadarus Al-Quran bukan sesuatu yang patut digeruni oleh kita SEBAB....
Tunjuk Ajar
Saya tahu ramai yang takut nak baca sorang2 sambil didengari oleh orang lain sebab saya juga macam tu... Tapi sebenarnya dengan membaca Al-Quran seperti itu, kita dapat memperbaiki lagi cara bacaan kita sebab kita tahu mana yang salah, dan Ustazah dan rakan dalam kumpulan akan bersama-sama memberi tunjuk ajar..
Malu dan rendah diri
Jangan malu-malu nak baca Al-Quran.. sebab jika kita ikutkan malu kita, kita lama2 boleh sesat jalan.. apa yang salah, boleh diperbaiki asalkan kita ada inisiatif untuk memperbaiki dan membetulkan kesilapan itu. Jadi Tadarus ini salah satu cara untuk kita mengenal Al-Quran dan membacanya dengan tajwid yang betul dan tepat..
Di sana, ada juga peserta yang baca agak merangkak, tetapi kawan dalam kumpulan akan membantu.. tak kan ada orang yang memandang rendah pada kita dalam Majlis Tadarus itu.. In Shaa Allah.. orang seperti ini paling saya hormat sebab keinginan dia mahu belajar dan membaca Al-Quran lebih tinggi dan menebal berbanding rasa malu dan rendah diri.. Allah menilai kita kepada niat dan usaha kita.. Ingat tu yer Cik Farah.. :)
Ukhuwah
Sesi Tadarus boleh mengeratkan ukhuwah dan menambah kenalan.. untung2 dapat jadik menantu pada saper yang belum kawin... ciitt.. gurau saja.. tapi untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. (ehh.. betul ke peribahasa saya ni ek??)
Mencintai Al-Quran
Doa setiap hari moga kita direzekikan untuk mengaji Al-Quran siang dan malam.. Semoga Al-Quran akan menjadi peguam bela kita di akhirat nanti.. Mungkin tadarus yang kita hadiri membuatkan kita lebih semangat untuk mengaji, suka mengaji, seronok mengaji.. tambahan lagi dengan memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri..Allahuakbar....In Shaa Allah.. Amin...
Sesi tadarus berjalan...
Kawan-kawan yang pergi Tadarus..
Berikanlah aku RedhaMu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment