Wednesday, 24 July 2013

Istiqamah Dalam Ibadah



Assalamualaikum,

Hari ni saya dan 20 orang lagi teman sepejabat menghadiri satu Ceramah Ramadhan yang diadakan di MOSTI. Syukur dipermudahkan Allah SWT untuk menghadiri ceramah kali ini..

Ceramah disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang bertajuk "Istiqamah dalam Beribadah".. Ehm.. bagus kan tajuk itu, lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan ni, semoga ibadah dan amalan yang dilakukan akan berkekalan berterusan untuk diamalkan...

Istiqamah itu menurut beliau adalah tetap dan teguh di atas jalan yang betul berpandukan kepada syariat Islam.

Ibadah pula adalah apa sahaja yang kita lakukan, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak akan dianggap sebagai ibadah oleh Allah SWT.. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti solat, puasa, zakat) dan ibadah umum (apa saja yang dikerjakan selagi tidak melanggar syarak dan niat kerana Allah SWT).



Sebagai manusia biasa, adakalanya tidak dinafikan yang kita akan rasa malas, jemu, penat untuk beribadah.. Semua ini kerana godaan syaitan yang tidak mahu kita menjadi insan yang baik dan disayang Allah...Jadi apa yang perlu kita buat yer?? Hendak halau, dia akan datang lagi.. Lagi jauh kita menolak, lagi suka syaitan mendekat.. jika kita berbuat baik, makin kerap dia datang memberi bisikan2 halus yang mungkin berupa pujian, riak, sombong, takbur.. kerana itulah janjinya dengan Allah.. membawa manusia semua bersama-samanya ke jalan kesesatan, dan menjauhkan manusia dari jalanan yang lurus, jalan yang diredhai Allah.

Oleh itu kawan-kawan, seharusnya kita serahkan masalah itu kepada Allah SWT.. doa sungguh2 minta dijauhkan daripada godaan syaitan ini. Minta Allah beri kita kecintaan kepadaNya lebih dari segala2nya di dunia ini. Minta Allah beri petunjuk dan hidayah, semoga kita tidak lari dari landasan kebenaranNya...Minta dengan Allah, mengadulah dengan Allah, dan dahulukan Allah lebih dari yang lain... Allah akan sentiasa dekat dengan kita.. In Shaa Allah.. Kerana Allah SWT Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih tidak pernah akan menganiaya hamba2Nya.. melainkan kita yang menganiaya diri kita sendiri.. kerana itulah kelemahan insan...

Ni ada sedikit gambar kenangan yang dapat dikongsikan bersama... Semoga saya dimurahkan rezeki lagi untuk menerima ilmu kerohanian seperti ini lagi.. Amin..






Terus dan Terus Mencari CInta Ilahi.. Usaha Hidup Baik Baik yer Farah.. :)






No comments: