Wednesday, 24 July 2013

Istiqamah Dalam Ibadah



Assalamualaikum,

Hari ni saya dan 20 orang lagi teman sepejabat menghadiri satu Ceramah Ramadhan yang diadakan di MOSTI. Syukur dipermudahkan Allah SWT untuk menghadiri ceramah kali ini..

Ceramah disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang bertajuk "Istiqamah dalam Beribadah".. Ehm.. bagus kan tajuk itu, lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan ni, semoga ibadah dan amalan yang dilakukan akan berkekalan berterusan untuk diamalkan...

Istiqamah itu menurut beliau adalah tetap dan teguh di atas jalan yang betul berpandukan kepada syariat Islam.

Ibadah pula adalah apa sahaja yang kita lakukan, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak akan dianggap sebagai ibadah oleh Allah SWT.. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti solat, puasa, zakat) dan ibadah umum (apa saja yang dikerjakan selagi tidak melanggar syarak dan niat kerana Allah SWT).



Sebagai manusia biasa, adakalanya tidak dinafikan yang kita akan rasa malas, jemu, penat untuk beribadah.. Semua ini kerana godaan syaitan yang tidak mahu kita menjadi insan yang baik dan disayang Allah...Jadi apa yang perlu kita buat yer?? Hendak halau, dia akan datang lagi.. Lagi jauh kita menolak, lagi suka syaitan mendekat.. jika kita berbuat baik, makin kerap dia datang memberi bisikan2 halus yang mungkin berupa pujian, riak, sombong, takbur.. kerana itulah janjinya dengan Allah.. membawa manusia semua bersama-samanya ke jalan kesesatan, dan menjauhkan manusia dari jalanan yang lurus, jalan yang diredhai Allah.

Oleh itu kawan-kawan, seharusnya kita serahkan masalah itu kepada Allah SWT.. doa sungguh2 minta dijauhkan daripada godaan syaitan ini. Minta Allah beri kita kecintaan kepadaNya lebih dari segala2nya di dunia ini. Minta Allah beri petunjuk dan hidayah, semoga kita tidak lari dari landasan kebenaranNya...Minta dengan Allah, mengadulah dengan Allah, dan dahulukan Allah lebih dari yang lain... Allah akan sentiasa dekat dengan kita.. In Shaa Allah.. Kerana Allah SWT Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih tidak pernah akan menganiaya hamba2Nya.. melainkan kita yang menganiaya diri kita sendiri.. kerana itulah kelemahan insan...

Ni ada sedikit gambar kenangan yang dapat dikongsikan bersama... Semoga saya dimurahkan rezeki lagi untuk menerima ilmu kerohanian seperti ini lagi.. Amin..






Terus dan Terus Mencari CInta Ilahi.. Usaha Hidup Baik Baik yer Farah.. :)






Friday, 19 July 2013

Suka ria di klinik


Assalamualaikum,

Dua hari lepas saya bawak hariz pergi check-up untuk umur setahun 6 bulan.. oohh... hari ni anak mama kena inject tau! Jangan nangis yer sayang.. 

En. Suami hantar awal sebab waktu appointment pukul 8.00 pagi.. So, sementara tunggu giliran sempat lah saya snap gambar hariz.. amboii... suka betul dia.. ke hulu hilir berjalan.. mentang2 dapat jalan bersuka ria yer.. haa.. jangan lepas ni melalak sudah yerr...




lalalalallalal..... saya jalan sukati jer ni.. bukan ada kete pun nak tengok kiri kanan kan...hhahaha...



Tengok apa tu hariz.. beriya-iya sangat menunjukknya.. sampai teleng-teleng kepala tu....


Ooohhhh.. patutlah.. tengok, bukan main cantik dihias klinik ni ngan imej kartun.. berseri lah sikit mata nak tengok.. especially budak2 kan??
(mak budak ni pun suka gak.. oppss....hahahha)


Waktu hariz jumpa nurse, kena timbang n duduk kat penimbang baby tu..
sambil biskut kat tangan..
"sebab saya ringan jerlah auntie.. macam mama saya...tapi saya sihat tau auntie!!"- winkk..winkk... :)


Ni gambar lepas kena cucuk... nangis sekejap jer.. pastu main dengan gumbiranya semula..
"Kuat yer anak mama ni! Good boy!!"


OOhh.. sambil tunggu papa amek kita, mari kita minum susu dulu!! Bagi kuat dan sihat!!!



Haaaaa... Ni saya nak share satu moments yang so sweet  masa kat klinik....layanzzz....

"Auntie.. kita nak mintak puting dia ni boleh tak???"
- sambil buat muka sengih2 hariz mintak izin ngan mak baby comel ni...


"Isshhhh.. ishh... tak boleh lahhhhh.. ni puting kita lahh...." Baby comel mula marah ....

Hariz buat muka dunno jerr... nak juga puting baby comel tu...

"OOhh... awak nak buli saya yerr... Jaga awakkk... " budak comel mula hanginnnn...



WWaaaaaaaaaaaaaaa
WWaaaaaaaaaaaaaaa
WWaaaaaaaaaaaaaaa
............
............
............
............
 ............
............
............
............
............
............
............
............


trengg... trengggg...trenngggg.......

............
............
............
............
 ............
............
............
............
............
............
............
............



OOhhh noo..telinga hariz kena tarikk... 

Tapi tulah.. kan mama dah bilang, jangan kacau anak dara orang..

Kan dah kena @@......

Tuesday, 16 July 2013

Bersawang sudah..

Assalamualaikum...

Haa... Hari ni dok godek godek PC terjumpa pulak saya fotopages saya yang first (dan mungkin juga yang terakhir..)  Alhamdulillah Allah.. Ada jugak kenangan kakak kecik2 yang saya boleh simpan..

Saya mula buat fotopages tu tahun 2008.. uissh.. 5 tahun yang lalu...sekejapnya masa berlalu yer.. Dalam fotopages ni hanya ada gambar humaira saja sebab amirul dan hariz belum ada lagi (memang laa kan... itu pun nak cakap)... Time tu juga kami tak der handphone yang canggih2 sangat, gambar pun amek pakai kamera..(macamlah yang sekarang ni canggih sangat.. hahahha).. jadi tak banyak gambar yang diambil masa dia kecik.. tapi yang bagusnya, gambar kakak kami cuci (walaupun tak banyak mana).. sekurang2nya masih ada kenangan untuk ditengok.. berbanding amirul dan terutamanya hariz, memang tak cuci gambar pun.. semua dalam handphone dan laptop.. bila saya taip ni, saya baru terpikir, saya kena cuci lah gambar2 diaorang gak.. kalau something happen pada handphone n laptop, apa yang tinggal??? hanya air mata kekesalan jerlahhh... Aduss.. mintak djauhkanlah jadik macam tu... saya masih belum ada kesempatan nak compile gambar2 diaorang ni...

So, untuk mencuci2 mata, meh tengok gambar kakak masa kecik2 dulu.. ehmm... kakak dan hariz ada persamaan muka sket.. fizikal pun sama (slim macam saya.. hahhhaa)..

Jommm.. jommm......Meh klik sini


Haa... comel kan kakak dulu... ada iras muka saya tak??  :)

Monday, 15 July 2013

Puasa Yang Yok



Al Kisahnya.....


Ramadhan 1

Masuk kereta jer, mama tanya kakak....

"Kakak puasa tak hari ni???

"Tak mama.. tadi petang akak dah korek hidung.. Jadi akak tak puasa lah..., akak dah minum air satu botol abis dalam kete tadi...".... <haruu....>


Ramadhan 2

Masuk kereta jer, mama tanya kakak lagi...

"Kakak puasa tak hari ni???

"Tak mama.. ari ni kakak haus,  jadi akak dah minum kat sekolah tadi.. akak bawak botol air masuk toilet, akak minum dalam toilet...." <erkk...>


Ramadhan 3

Rutin biasa , dan soalan yang sama, mama tanya lagi...

"Kakak puasa tak hari ni???

"Tak lah mama.. tadi kat sekolah agama kakak dah minum air.. Abis satu botol ma... kawan2 akak semua minum...

"Akak minum kat mana"

"Kat bawah meja cikgu masa rehat"..... <buat muka toya...>



Sabar jerlahh anak dara aku sorang ni... nasib baik baru darjah 1.. tapi kakak mesti kuat semangat tuk puasa tau....

Anak orang lain baya humaira ramai boleh cukup puasa, tapi si kakak masih belum boleh lagi... tapi bila ingat2 balik, saya dulu pun macam tu gak.. adoiiii... menurun kat anak lak... huhuuhuuuu... opss...... <pecah rahsia sudah... > ;-)..



Anak oohh anak...


Friday, 12 July 2013

Mengaji Teknik Al-Baghdadi

Assalamualaikum..

Seperti yang pernah dijanjikan, hari ini saya nak berkongsi tentang Teknik Pembelajaran Al-Quran Cara Al-Baghdadi.. Sebenarnya teknik ni antara teknik terbaru untuk cepat membaca Al-Quran..


Saya mula kenal kaedah ni masa mengikuti Bengkel Pembelajaran Al-Quran Cara Al-Baghdadi di pejabat saya… Alhamdulillah masa tu direzekikan Allah SWT untuk menghadiri kelas ini… Dibukakan hati untuk belajar lagi Al-Quran. Sebelum ni hanya pasang niat nak belajar Al-Quran, nak memperbaiki lagi cara bacaan, tapi sayangnya tak berusaha bersungguh untuk mencari ilmu itu.. jadi dari hari ke hari, niat tu hanya saya sampai di dalam hati..


Dengan izin Allah, perasaan ingin belajar begitu mendesak kali ini. Alhamdulillah dipermudahkan lagi oleh Allah SWT,  secara tiba2 kursus mengaji itu di’offer’ di pejabat dan saya terus daftar untuk join sekali kelas tu (Terima kasih bos sebab bagi pelepasan untuk 6 kali kelas).
Kalau ada sesiapa yang biasa tengok ASTRO OASIS, mungkin korang pernah tengok rancangan ni…



Itulah Teknik Al-Baghdadi.. belajar mengaji cara ketukan.. Dan mari kita tengok gambar buku yang saya dapat masa kursus beserta alat ketukan…
TAMHID AL-BAGHDADI

Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
•Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
•Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
•Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
•Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
•Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
•Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan
  
TAJWID AL-BAGHDADI

Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

ALAT KETUKAN

Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.











Pada pendapat saya, saya rasa Teknik Mengaji Kaedah Al-Baghdadi cukup menarik dan mudah dan sistematik sebab….
  • Setiap pelajar tidak akan ditanya secara individu, semuanya akan dibuat secara berkumpulan. Jadi kita tidak akan merasa malu untuk belajar.. apatah lagi kita yang telah dewasa ini.
  • Kita tahu membaca Al-Quran, tapi kita tidak lancar untuk membaca, kadang2 kita ragu2 dan teragak2 dengan sebutan setiap huruf serta bunyi yang keluar darinya. Dan di kelas ini kita akan di ajar dari asas bacaan. Dalam buku tajwidnya juga ada ditunjukkan kaedah sebutan setiap  huruf.
  • Setiap pembelajaran akan diulang-ulang  dalam pelbagai teknik bacaan antaranya Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis). 
  • Setiap dari peserta yang tamat hadir ke kelas ini In Shaa Allah akan boleh belajar mengaji Al-Quran dengan lancar dan tartil. Tapi kenalah selalu mengaji supaya tak lupa.. yer tak?? :) Dan seeloknya kalau dapat mengaji depan cikgu lagi bagus sebab boleh belajar secara direct dengan orang yang lebih arif dan mahir..


6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran.
Tambahan pula, kelas kami ini diajar oleh Ustaz yang baik, suka melawak juga.. jadi kelas tidak hambar dan bosan. Sambil belajar, adakalanya Ustaz melawak.. tapi, ketawa2 juga, belajar tetap belajar… dengan cara penjelasan Ustaz yang jelas berkenaan Tajwid dan sebutan huruf, memang saya akui banyak memperbaiki pembacaan Al-Quran saya.. (Tapi saya tahu saya kena terus belajar dan belajar..)
Dan paling tidak saya lupa, dalam 20 minit sebelum kelas tamat, Ustaz pasti memberi tazkirah.. Dan ada yang pernah saya muatkan dalam entry saya sebelum ini.. Di mana Ustaz menekankan betapa pentingnya solat di awal waktu, bersedekah dan mengaji Al-Quran… Pesan ustaz, ALLAH DULU, ALLAH LAGI, ALLAH TERUS....
Terima Kasih Ustaz.. nasihat Ustaz akan kami ingati, dan diusahakan untuk diamalkan pada setiap masa..

Dan paling terima kasih adalah pada my En. Suami yang sudi bangun awal dan sama2 hantar anak awal ke Taska dan rumah bbsitter sebab saya nak kena naik komuter pukul 6.15 pagi untuk sampai office pukul 7.20 pagi, since naik kereta office...Terima kasih En. Suami... :)))


Wednesday, 10 July 2013

Hadiah untuk papa...

Assalamualaikum,
Hari ini anak mama telah menghadiahkan hadiah istimewa dan kejutan untuk papa tersayang… (As special present for our dearie papa….:-)

SUPRPRISE!!!!!!
………..
……….
………
………
…….
……..
……….
……….
………..
…….
……….
……..
……..
………..
………..
……..
……
………
…….
……..
…….
………….
……..
…….
……

Hadiah ni???
..... Bukan.....



Yang nih????

...... Bukan...



Bukan lahh....

Haa... Confirm ni...!!!!









Bukan jugak lahhhh...

...
..


Abis tu apa hadiahnya????????
...........
.......
...........
.........
.........
..........
.........
.........
........

???
????????
??????????
???????????????
?????????????????????
??????????????????????????
.....SURPRISEE!!!!!!!







OOHHH NOOOO!!!!! *&^%^^&*((*&*(&&^**@#


AL-KISAHNYAAA……
Satu kisah selepas Maghrib, En. Suami tanya….
“Ayang ada letak clorox ke kat mesin semalam??”
“Tak der lahh… Mana ada.. Naper???
“Ni naper baju abang jadi capuk??” -- oohh.. muka En. Suami nak macam hulk sudahhh...
Hulk Hogan nak kuar dahhhh... erkk...


Hokayy. Hokayyy… My mistake.. saya mengaku.. iskk.. iskkk… Semalam lepas kuar toilet, Amirul cakap..

“Mama.. Iyul acukkan ni dalam baju…” – Sambil buat muka sengihnya dia tunjuk clorox n mesin basuh…

(Opss.. lupa nak info, mesin saya jenis semi-auto.. so, memang tak tutup masa basuh baju.. Hokayy.. tipu….sebenarnya memang tak pernah tutup pun.. sebab  senang nak campak baju kotor masa basuh… cepat, cekap dan tepat..... amek ko..:)
Saya test tengok penutup clorox tu, ingat longgar, tapi ketat jer.. dalam hati kata..


Tak mungkin lah budak kecik ni kuat nak bukak penutup ni.. ketat tu.. “

N silapnya saya tak tengok pun dalam mesin tu.. bau ker, warna ke.. semua saya tak tengok…. Dengan anggapan.. Amirul tak buat, dia acah jerrkkkk tu…. So, sambil nyanyi lalalalalaalalal… saya basuh pinggan, basuh cawan, sapu lantai…blaa.. blaa.. blaa… (mama yang sentiasa bz sedunia..)

Tapi….uhukk.. uhukk… tak sangka camni jadinya…. Nangis.. nangis.... buat muka kesian tau.. nanti papa tak jadik marah kita.....




Jangan marah2 yer En. Suami... bulan puasa ni…nanti kita beli baju baru lagi ek.. "Abang pilih, abang bayar ek..... heheheh.....:=)

Ni nak raya.. shopping kan untuk Cik Isteri sekali.. hahahha…..




Peacee papa!!!!!!
Dan budak kecik ni memang akan sentiasa buat muka tak bersalah…. Saboo jerlahh...

Moral of the story??

"Jangan under estimate anak … kecik2 pun kuat tau nak bukak botol Clorox.. (erkk?????)"

Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan 1434

Assalamualaikum...




Esok, 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434 adalah hari pertama umat Islam akan mula berpuasa.. Saya pasti ramai yang menunggu bulan puasa ini datang lagi... kerana bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan penuh ujian, juga bulan penuh kemanisan.. Pada bulan inilah kita dapat lihat umat manusia ramai berpusu-pusu ke surau dan masjid menunaikan Solat Terawih, dan inilah peluang untuk keluarga berbuka puasa bersama setelah seharian sibuk di tempat kerja...



Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Dan bagi saya sendiri, bulan Ramadhan ini adalah bulan yang telah lama ditunggu.. atas nama keberkatan bulan Ramadhan, saya berharap dapat melakukan ibadah puasa, solat dan menambah baik ibadah saya selama ini.. Semoga Allah SWT beri semangat Ramadhan ini kepada saya untuk saya menjadi insan yang lebih baik dari dahulu, semalam dan hari2 yang akan datang. In Shaa Allah kehadiran Ramadhan kali ini tidak akan saya persiakan.. Amin.. Semoga Allah SWT beri saya kekuatan untuk menjadi lebih baik dan dapat beristiqamah dalam menuju kebaikan itu...

Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua, dan semoga kita akan mendapat puasa yang diterima Allah SWT, bukan puasa yang sekadar lapar dan dahaga sahaja.. Dugaan yang dilalui semoga dapat dhadapi dengan bersabar dan penuh keredhaan..

Usaha dan terus berusaha untuk terus menjadi insan yang terbaik
di sisi ALLAH SWT... :=)

Monday, 8 July 2013

Selamat Hari Lahir En. Suami!





Assalamualaikum.....

Hari ni adalah hari lahir En. Suami.. Selamat Hari Lahir Abang.. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan semoga sentiasa dipermudahkan rezeki dan semoga juga dipermudahkan segala urusan. Semoga Abang akan menjadi antara insan-insan yang beruntung dunia hingga akhirat.. Amin...

Kami jarang sambut birthday... cuma biasanya akan lump-sum hujung tahun... dari yang lahir awal bulan hingga yang hujung bulan..:-)... cuma ucapan sebagai tanda ingatan In Shaa Allah tidak akan dilupakan.. dan paling penting, doa untuk insan-insan tersayang sentiasa meniti di setiap masa.. Semoga keberkatan dalam rumah tangga sentiasa berkekalan dan berpanjangan.. Walau ribut datang melanda, semoga atas nama ikatan suami isteri, setiap masalah kecil mahupun besar dapat diatasi dan dihadapi dengan sebaik yang mungkin...

Abang, semoga kita berdua akan saling melengkapi antara satu sama lain.. membantu dalam menutupi segala kekurangan dalam diri kita. Dan diharapkan kita sama-sama dapat memperbaiki segala kekurangan, kekhilafan, kelalaian, kelekaan dalam kehidupan ini.. terutamanya dalam menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia..

Sunday, 7 July 2013

LUASKAN KUASAMU!!

Assalamualaikum. ...

Ada sesaper tengok TV semalam?..no.3 beb..no.3... erkk...tak pahammm?????

Ok...dipendekkan citer semalam game bola antara Johor vs Selangor untuk Liga Super dan malam itu adalah penentuan untuk No.2 dan No.3.. (No.1 dimenangi oleh Lions XII dari Singapura..)

Our Johor Darul Takzim (JDT)  dapat tempat ketiga dgn jaringan 1-1.. Seri? Tapi kenapa Selangor dapat No. 2??? Becoz.. (Ni En. Suami kata..) "Selangor menang atas sebab kelebihan jaringan" ..errkk... erkk.. tak faham??..hehehe.. saya pun sama, kurang pemahaman.. (Lebih sorak jer saya ni.. hahhaha)

Apapun.. tahniah kepada JDT atas good performance malam tadi..mmg superb laa! Tengok kat umah pun melompat2..haha..belum pi stadium lg tu.. Saya memang teringin sangat pergi stadium tengok JDT main.. tapi saper nak tolong jagakan sekejap 2 hero dan 1 heroin saya tu yer???

Dan tahniah juga kpd pasukan Selangor yang dapat tempat kedua dan seterusnya layak mewakili Piala AFC 2014....



Johor tetap di hati....

LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!


ayuh Johor.. ayuh Johor..
luaskan kuasamu Johor..
kami datang.. kami datang..
tetap bersamamu Johor..

                                                            

Saturday, 6 July 2013

Bercuti di Melaka Siri 1

Assalamualaikum. .

Ni dah masuk hari Sabtu pun. Jam 2 pagi..en. suami dan anak2 sume dah tido..yang saya masih tak ngantuk lagi, jadi meh saya cite sket tentang jalan2 kami kat melaka baru2 ni..28-30 mac 2013..ehhhh..baru ke? Citer basi daaa..tapi sebab nk jadikan bahan tatapan suami dan anak2..meh kta cite sket gak..

Kami bertolak dr rumah mlm tu, 27hb..sbb nk cepat sampai punya pasal, mlm tu sanggup tido dlm kereta kat perhentian seremban..sakit pinggang rupanya, ingat relax mcm kat umah..haaaa... amek ko..tak sabar sangat nak sampai..sedangkan melaka jer pun.hahahaa..

Dalam kul 4 pagi kami  gerak ke melaka..tu pun sambung rehat kat perhentian melaka..waktu subuh tu, lepas solat mandikan budak2 dan zoooooommmm..kami pun straight to ayer keroh...

TAMAN BUAYA
Tempat pertama yang kami pergi..nama pun taman buaya kan,  jadi banyak buaya sana..dari pangkat datuk sampai cicit buaya pun ada .ada yang besar yang amat..erkk..kalau kena makan, ishhh..tak leh dibayangkan...

Selain buaya,  ada gak mini zoo untuk binatang lain macam burung, merak, monyet dll..dalam tu jugak ada taman dinosour, rumah hantu... (ni saya tak masuk sebab saya spesis penakut.. huhhuuu)  n tempat mandi budak2...dengan kadar masuk yang murah..mmg berbaloi datang  sini..tambah lagi ada pertunjukan buaya dlm pukul 11.30 pagi.. meh layan gambar.....



Masuk jer ada monumen2 ni. laju2 semua amek gambar...taraaaaaaa♡♥♥ 

Keluarga buaya..dok situ diam2..jgn berangan nak jadi buaya darat di luar dah...★★

Selama saya hidup sampai sekarang..ni first time tengok merak kembang ekor..memang Subhanallah..cantik sangat..n no wonder buku kanak2 selalu buat cite 'Merak yang Sombong' ..sebab memang dia cantik pun..hehhhhe....

Haaa..buaya ni berat jugak tau..rasa cam dukung bb 10kg...sib baik tak menggigit..geletar gak saya... Amirul takut nak pegang.....

Nampak tak makcik merak kat belakang tu.. cuak juga saya.. yang Amirul dah stand by nak lari jer tu... hahahah


Dan ini yang ditunggu-tunggu.....dinosour park.........taraaaaaa☆☆♡♡♥♥


..............
.............
.............
...............
............
.............
............
.............
.........
........
...........
........
............
.........          



         ------------------. ---
          -----------------------
            ----------------------.
               -----------------------

"Mama....kakak takut laa........"












..........

.........

.........


...

.............

.......

........

......






..............
...






....




....


.....

...

 ...


...



...




........


....



...



...











-----------------
----------------------
----------------------------


..........
.......





............

..............
.........
.


............
.......

...........


...................









AAAAUUUUMMMMMMMMMM.....!!!!!!!!!!!

Haaaa.......comelkan dinosour ni...hihihi..
Bikin suspend daaaa.......



Ok...tu baru taman buaya..nanti saya sambung lagi...mata sudah ajak ZZzzzzzzzzzzz.........sweet dreams cik farah....