Assalamulaikum..
Hari ini adalah hari last saya kerja.. esok saya nak balik kampung. Yahoo!! Walaupun baru balik 2 minggu lepas balik, tapi kali ni balik sebab special day tau! n sudah semestinya sebab Hari Raya!! taraaa..taraa..
Tinggal lagi sehari saja lagi kita akan berpuasa.. dan selepas tu kita akan sambut hari raya..memang terasa sedih pabila Ramadhan mahu meninggalkan kita, sedangkan tahun depan entah panjang umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan lagi... Semoga Allah memberi rezeki pada kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan lagi, dan semoga Ramadhan tahun ini juga akan melabuhkan tirainya dengan penuh rasa kesyukuran kita atas limpah kurnia Allah kepada kita atas peluang untuk berpuasa dan beribadah kepadaNya...
Di kesempatan ini, saya sekeluarga juga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabat dan teman2 saya yang baik hati dan comel2 ini.. Phewiitt... :).. Semoga Hari Raya tahun ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat kalian semua.. Saya juga memohon Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada pertuturan dan tingkah laku saya yang mengguris hati, mengecilkan hati membuatkan kalian marah benci, sakit ati, tersinggung... minta maaf banyak2 sebab saya tak sengaja... mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. harap kita semua 0-0... (farah..ni bukan bola yer..grrr)
haa... nak duit raya spesel tak?? jom datang ramai2 ke rumah yer.. bawak semua sekali, suami, anak, mak, ayah, atuk, nenek, kakak, abang, makcik, pakcik.... jom.. jom..
(oohh rumah.. jangan roboh dulu.. orang nak datang ni jangan bikin gempak sehh...)
duit raya istimewa....
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nampak tak JDT tu?
hehhehe.... nak raya pun masih sempat nak ber'bola' lagi...
"Jangan sampul jer cantik.. isi dalam pun kena umpphhhh gak yer..".. GULLPP.. :=()
Apapun, untuk perkongsian dengan kawan2 semua, mari kita review sedikit tentang istimewanya bulan Syawal, sumber dari http://www.gengterengganu.com
Bulan Kembali ke Fitrah
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam "kembali makan pagi" dan diharamkan berpuasa pada hari itu.
Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.
Bulan Takbir
Tanggal 1 Syawal, Aidilfitri, seluruh umat Islam akan bertakbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal menjelang sembahyang raya.
Gema takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas hasil ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai kecuali dengan pertolonganNya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid, dan tasbih. ""Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-Baqarah: Ayat 185).
Bulan Silaturrahim
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam digalakkan mengeratkan silaturrahim dengan kunjung mengunjungi saudara masa, sahabat handai dan jiran tetangga. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan keampunan.
Bulan Ceria
Syawal adalah bulan penuh ceria dengan kanak-kanak mengenakan pakaian baru dan bersalaman antara satu sama lain dengan maaf memaaf, bahagia dan mengucapkan syukur.
Puasa Satu Tahun
Rasulullah SAW menganjurkan supaya umat-Nya berpuasa enam hari dalam bulan Syawal yang ganjaran pahala sama seperti berpuasa satu tahun.
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh" (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i Dan Ibnu Majah)
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun" (Hadis Riwayat An-Nasa'i Dan Ibnu Majah).
Bulan Nikah
Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Rasulullah SWT menunjukkan sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. Siti Aisyah menegaskan: "Rasulullah SAW menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?". Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada bulan Syawal.
Bulan Peningkatan
Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah bulan ”peningkatan” kualiti dan kuantiti ibadah hasil latihan atau ujian sepanjang bulan Ramadhan.
Bulan Pembuktian Takwa
Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal sebagai "pembuktian" kerberhasilan ibadah Ramadan, utamanya puasa, yang bertujuan mendapat darjat takwa.
Salam Aidlfitri..
Ceriakan diri di Hari Raya...
Ampun dan maaf dipinta........
Eratkan ukhuwah, rapatkan persaudaraan..
Kunjung mengunjung menjadi amalan..
Ketupat, rendang, lodeh, juadah di meja..
Duit raya di saku jangan dibuat-buat lupa...
Mercun jangan main..
Bunga api tak per.. opsss.....
Pantun ker hapa nih?????.. hahah...
Apa2 sajalah.... :))))
4 comments:
Sampul JDT tu yg x tahan tu... hehehe
hehehhe... kat umah semua tengah giler ngan JDT.. dah laki bini orang johor :)... Liza, Selamat Hari raya yer.. maaf zahir dan batin..jemput datang rumah yer nanti..
Selamat hari raya kak farah... :)
salam aidilfitri jugak buat ida dan keluarga.. :)
Post a Comment