Tuesday, 10 September 2013

Tau topik yang sama.. tapi sedih...




Mata berpinar.... hidung dah berair... Dok mengerjakan blog nih... Still saya tak jumpa mana silapnya.. ke saya ada tick/untick something yang dah merubah segalanya...

sedihh.. penat.. tension... semua keje tak menjadik....


:(((

Masalah belum selesai



Belum settle lagi masalah blog...

Test.. Test...

Adooii... ada sesaper yang boleh membantu????

Blog ku problem!!!



Test.. test....hello... hellooo..

Aduss.. Saya tidak tahu kenapa blog saya tak leh nak appearkan 2 post terkini untuk bulan September 2013... Apalah yang saya dah klik.. Yang recent post yang appear (kalau ada yang follow blog saya), last update saya 2 minggu lepas... Kenapa yer jadik camtu??

Ni saya try buat new post, harap blog sudah ok!

Monday, 9 September 2013

Fadilat dan Khasiat Surah Al-Waqiah


Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua berkenaan Fadilat dan Khasiat Surah Al-Waqiah. Sumber dikongsi dari web http://shafiqolbu.wordpress.com.

----------------------------@@@@@@@@@@@--------------------------


Pengenalan Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.


1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah  menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:


Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

-------------------------------------@@@@@@@@--------------------

Banyakkan kelebihan mengamalkan Surah Al-Waqiah.. Jadi bolehlah dijadikan amalan setiap hari. Dengan ayat yang pendek yang berjumlah sebanyak 56 ayat, jika diamalkan setiap masa, tidak akan rasa beratnya.

Selamat beramal... Dan Usaha Untuk Hidup Yang Lebih Baik..


Tuesday, 3 September 2013

Open-house Syawal 2013


Assalamualaikum..

Nampaknya kita hampir di penghujung Syawal.. mungkin ini entry last saya tentang Syawal tahun ni.. (ye ye ool jer lah tu.., kot kuar citer kenangan lama Syawal lagi mana tau kan? heheh)..

Tahun ini rumah kami buat open house lagi setelah 2 tahun menyepi diri dari aktiviti ini dibuat di rumah.. cewah.. hahah.. 2 tahun lepas, rasanya memang tak sempat jer nak buat, tapi Alhamdulillah kali ni sempat.. jadi di kesempatan masa yang ada, memang tak leh lepaskan lah.. lagi-lagi dah akhir minggu Syawal..

Jamuan makan-makan tu kami adakan pada 31/8/2013 (Sabtu).. Alar-alar Merdeka Raya gitu! 2 in 1 yer.. sepatutnya kena pakai tema warna merah, biru, kuning, putih saja ni.. bagi semangat patriotik sket.. hahahha...

Hari sebelum kejadian (adoii ayat).. memang saya sibuk dengan keje-keje menyiapkan memasak.. Jumaat tu siap apply cuti, sebab takut tak sempat nak membeli barang lagi, nak potong bawang, buat lada boh, kemas umah, potong sayur, buat itu.. buat ini.. al maklumlah, korang pun tau kan yang saya ni bukan lah chef yang cekap kat dapur.. so, kalau chef cuma memasak 15 minit untuk 1 lauk, saya mungkin amek masa sampai 3 jam.. itu kalau 1 lauk, kalau 4 lauk, camner tu? tu baru masak, belum sesi menyediakan bahan masakan dan sesi mengemas dapur yang berkecah macam masak tuk 1000 orang makan? hahah.. bayang sendiri lah...

Tahun ni saya masak yang senang-senang saja (menu yang saya tahu buat.. hahahha).. Nasi putih, ayam masak merah, daging masak kicap, sayur lodeh, kuah kacang dan nasi impit.. and untuk dishes saya buat agar-agar.. alah..cakap banyak pun tak best.. jom layan gambar...





Pembantu tetap dan bergaji.. hehehhe...
Rajin kakak nak tolong buangkan kulit carrot ni.. tu mata pun dah layu sebab mengantuk balik sekolah..


Sayur Lodeh

Ayam masak merah

Sambal kacang

Daging masak kicap
(Ada yang tegur cakap yang saya buat ni daging masak hitam, siap puji sedap lagi.. wahh.. seronok.. seronok.. satu encouragement untuk lebih menjadik chef keluarga.. ahakss...)


Agar-agar warna warni
Budak-budak sukalah sebab warna-warni..


Agar-agar santan campur gula melaka - ntah apa namanya saya pun tak tau.. hehe..


Majlis bermula lepas Zohor.. Masa lebih kurang pukul 12.30 pm tu langit dah mula mendung.. hujan juga sudah mula turun rintik-rintik.. saya dah mula bimbang dah.. yerlah, saper nak makan semua makanan tu kalau tak der orang datang? Ya Allah, memang saya berdoa sangat masa tu moga-moga hujan akan berhenti dan cuaca baik...

Lebih kurang pukul 1.00 pm, hujan pun turun, boleh tahan lebatnya.. memang tawakal sajala masa tu. Tetapi Alhamdulillah sangat-sangat, dalam pukul 2.00 tu hujan pun berhenti dan cuaca pun makin panas.. Thank you Allah..

Ramai juga tetamu yang hadir.. Dan kebanyakannya adalah kawan-kawan En. Suami.. Biasalah, En. Suami tu kalau bab-bab makan ni, kalau boleh satu kilang dan satu taman nak dijemput.. heheh.. memang dia peramah mulut berbanding saya yang ringan mulut sikit ni.. hehehhe...

Ni antara kawan-kawan En. Suami dan jiran-jiran kami yang hadir... Ohh.. kawan saya tahun ni ada 3 orang yang datang... Walaupun tak ramai, saya bersyukur sangat, sekurang-kurangnya masih berpeluang dapat jumpa kerana yang datang ni kawan-kawan lama yang dah bertahun-tahun tak jumpa... Antaranya Anafiza dan Suryana (my ex-schoolmate masa Tingkatan 4 & 5) dan juga Kak Radziah (ex-officemate)... Kebanyakan kawan-kawan tak dapat hadir sebab ada hal masing-masing.. "Lenkali korang wajib datang tau!! Kalau tak mogok dah tak mo kawan"... (Ehh.. apsal ko ni macam budak tadika lak nihh..?? Main tak nak kawan tak kawan ni???... hahhha)

Kawan Humaira (yang baju putih comel tu..)
Dah sekolah ni dah pandai berkawan dan jemput datang rumah, guna my wassup lagi tau.. hahah


"Iskk.. manalah kawan yang lain ni.. malu woo aku nak makan sengsorang... cepat ler datang!!"


Makan.. jangan tak makan...


Bapa-bapa yang hebat...


"Tumpang letak air yer bro.. aku nak amek makanan lak pasni... "


Awatlah my En. Suami ni amek gambar sipi-sipi jer nih.. huhuhu..


Bila bapak-bapak mula bergossip.. Nampak tak, muka masing-masing serius jerkk....


OK... ready yer... 1..2...3...

Haa... Inilah En. Hamdan (Kawan En. Suami yang sama-sama berkonvoi pergi Cherating dan Terengganu tu)


Adik buat public speaking yer kat tengah tu... phewittt!!!!


Jom tambah lauk lagi dehh..


Relax jer adik ni datang rumah saya sengsorang.. Anak jiran saya sebenarnya, mak dia datang lewat sikit.. memang berani lah adik ni.. Cayalah dik!!!

Gossipp.. gossipp...

Officemate En. Suami


Ohh.. You are so cute En. Suami.. heheheh...




"Tu buang sampah kat sana tu...."

Pn. Hasni so cute..
"TQ Puan untuk nasi yang sedap masa open-house hari tu... nak resepi boleh tak??"


Kawan saya, Suryana dengan dua anak yang comel..
Nampak tak mata anak dia yang bulat tu.. geram betul saya..



Ini kawan saya juga, Anafiza bersama anak sulung dia... coming soon nak dapat adik... :)
Tapi kenapa yer saya tidur dalam senyuman.. Awww... malu I...


Tapi sayang sangat sebab saya terlupa nak amek gambar dengan Kak Radziah (Kak Zie).. Sorry sesangat Kak Zie, sibuk ke hulu hilir top-up makanan sampai lupa amek gambar.. soobbss.. sobss... sedih sangat.. dah ler susah nak jumpa...

Memang tak cukup tangan sepanjang petang tu.. nak top-up makanan, nak layan jiran, budak-budak, isteri-isteri kawan En. Suami, kawan-kawan sendiri, saudara mara.. Ohh.. ohh.. macam nak patah kaki tangan...

Malam tu ada lagi orang datang.. Nasib baik masih ada makanan lagi.. Kalau tak terpaksa jamu dengan kuih raya saja.. Sekali datang 3 keluarga yang besar-besar.. Haa.. amek ko.. Sampai gelas terpecah kat dapur sebab kelam kabut sangat..

Esok paginya, En. Suami tolong basuhkan pinggan mangkuk, periuk kuali semua... Terima kasih En. Suami... Loves U!!!

OK, sebab kerja-kerja membasuh dah En. Suami tolong bereskan, bolehlah kita pergi open house orang pulak yer... Daaaa...


Ni first time saya pakai shawl.. amatlah tunggang langgang.. tu gambar kena bagi soft sket alar alar ayu gitu... cett...
Jom.. jom ... pergi beraya!!!