Assalamulaikum..
Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kakak naik sekolah.. dan rutin kelam kabut saya bermula semua setelah lebih sebulan saya relax... Kenapa relax? Sebabnya bulan puasa saya tak perlu tergegas-gegas masakkan bekal utuk kakak bawak pergi sekolah... lepas sahur tu, bolehlah beralih ke keje2 lain selain masak... tapi bila naik sekolah jer, start bz semula... jadik chef yang tak se'chef' mana di dapur.. hahahha... Humaira ni pelik sket.. dia kalau pergi sekolah, cuma nak bawak nasi goreng jer... mee mee dia tak suka.. jadik sudahnya hari2 lah saya masakkan dia nasi goreng.. sampai saya pulak naik muak makan nasi goreng hari2.. muka pun nak jadik nasi goreng dah...wewewee..... sebabnya alang2 masak tuk dia, tapau skali tuk saya bawak pi keje... tulah yang saya ngadap hari2... sampai member keje pun dah tau apa bekal saya bawak dalam beg tu.. hahahah...
Hari ni bukan nak cerita pasal nasi goreng yer u ollss.. tapi entry kali ni nak share tentang cerita dan gambar anak2 sedara saya yang tinggal kat Sarawak.. kakak saya memang duduk dan kerja di sana, n dia orang dah hampir 14 tahun rasanya duduk kat Sarawak.. saya pun baru jer 2 kali pergi ke sana.. tu pun lama dah, masa kakak umur 6 bulan dan umur 2 tahun camtu... tapi In Shaa Allah bulan Disember nanti nak ke sana lagi.... weeeeeee!!!!!! Seronoknya...
Sabtu lepas merupakan hari terakhir anak2 sedara saya ni kat Semenanjung sice dah 2 minggu cuti beraya di Johor dan Pahang.. setiap kali balik DARI dan KE Sarawak, rumah saya adalah rumah persinggahan.. alar2 homestay gitu.. hehhehe... sebabnya kitaorang akan ambil dan hantar mereka ke airport... anak2 saya lah paling happy bila sepupu-sepupu ni datang rumah.. yerlah, jumpa pun sekali sekala... jadik bila mereka datang rumah, memang bingit lah rumah... macam tongkang pecah jadiknya.... hahah.... tak kisahlah girlss.. as long as u ols happy.. mak lang no problem punya....:)
Malam Jumaat anak-anak sedara sampai rumah... so, malam tu masing-masing tido lambat.. sebabnya???? sibuk main bunga api.. dah ler time tu kebetulan hujan.. terpaksalah main di depan rumah tu jer... tapi nama pun budak-budak kan.. tak kira main kat mana, diaorang ok jer.. yang penting heppi!!
Nampak tak baldi kat gambar tu?? Fungsinya tuk buang semua besi-besi bunga api cap kucing tu.. kang kena kaki naya...
Sumber : En. Google
Dulu time saya kecik-kecik bunga api besi tu gambar kucing, sekarang ni gambar mickey mouse kot kalau tak silap.. peredaran zaman.. haha..
Esoknya, saya masih 50-50 nak ikut ke tak hantar pergi KLIA... sebabnya saya meamng jarang ikut sebab kere tak muat.. anak-anak kakak jer dah 5 orang, campur mereka suami isteri dan en. suami (pemandu) + humaira (biasanya anak dara ni akan ikut).. oohh... memang lah tak muat.. kalau muat pun tersendat2 sendat... barang jer dah berkotak dan berbeg... so...nak pergi ke tak nihhh?????
?
?
?
Bila pikir masak-masak... (sampai hangitt!!).. masa jam dah pukul 10.30 pagi...saya decide.."OK girls, mak lang nak ikut!!!" Ini sebab memikirkan flight pukul 3pm, maknanya memang cun kalau saya ikut, lepas hantar boleh kuar rewang-rewang dengan En. Suami dan anak.. paling kurang dapat jalan-jalan kat airport cuci mata pun jadiklah.. hahaha...
These gals kalau suruh bergambar No. 1
Sebab kete pun tak muat.. En. Suami suh saya naik komuter dengan Amirul... kakak dan Hariz naik kete ngan lain2.. huhuhu... sampai ati... tapi komuter pun komuterlah.. janji den sampai...
Untuk pergi ke KLIA dengan mengunakan public transport, kita boleh menggunakan ERL (Express Rail Link). Kita boleh pilih sama ada mahu menggunakan KLIA Express atau KLIA Transit. Jom kita view secara ringkas antara dua cara ini :
KLIA Express :
KLIA Express adalah direct dari KL Sentral terus ke KLIA tanpa henti. Itu sebab namanya Express, dan ia hanya memakan masa dalam 28 minit saja untuk ke KLIA. Tambangnya RM35.00 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak. Kekerapan perjalanannya adalah setiap 15 minit untuk waktu puncak dan setiap 20 minit untuk waktu biasa. Kalau after midnight 30 minit sekali.
Waktu puncak : Isnin-Jumaat - (6am-9.00am & 4.00pm - 10.00 pm)
Waktu biasa : Isnin - Jumaat (5.00am - 6.00 am, 9.00am - 4.00pm & 10.00pm - 12.00am, hari Sabtu dan Ahad)
KLIA Transit
KLIA Transit ada 5 stesen di antaranya iaitu KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA. Setiap stesen tambangnya berbeza-beza.
Jadualnya pulak macam ni..
Untuk trip kali ini, saya decide untuk naik komuter dari Rawang dan ambil ERL di Bandar Tasik Selatan. Sebab utamanya adalah untuk mengurangkan tambang.. Dari kena RM35.00 bila naik dari KL Sentral, saya sanggup naik KLIA Transit yang mana tambangnya baru RM26.50. Beza RM8.50 tu walaupun jaraknya tak jauh mana..Memang berkira saya bab duit.. hahahha...
Amirul dengan gayanya.. mesti tutup telinga tiap kali nak bawak naik tren.. hahahah..
"Bising!! Bising!!!" jerit jer kejenye...
Sementara tunggu ERL sampai, sempatlah tengok LRT lalu.. di Bandar Tasik Selatan ni, ada banyak kemudahan awam lain yang disediakan, antaranya STAR LRT, Komuter, ERL dan yang terbaru adalah Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
TBS merupaan hub bas untuk bas-bas ekspress yang menuju ke selatan seperti Johor dan Melaka. Memandangkan saya pun orang Johor, memang saya akui pembinaan TBS ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna bas. Kalau tak, selama ni semua orang terpaksa bersesak di Puduraya. Dengan jem, dan sibuknya bayangkan macam mana sempitnya dan susahnya mereka yang nak naik bas ni.. Dengan barang yang banyak bagai tu.. arrgg.. memang amat mentensionkan.. tu belum masuk bab bas sampai lambat.. kena pulak tunggu kat bawak tempat bas tu.. panas, bahang dan amat lah tak selesa... kalau orang yang bawak anak kecil tu, lagilah.. budak menangis jer kalau bab panas ni... adooii...
Tapi semenjak ada TBS ni, memang masyuk lah.. mak saya datang naik bas pun saya tak risau sangat dah, sebabnya kalau saya lambat pun, mak boleh tunggu di Food Court ataupun di surau.. Tempat selesa dan selamat.. Polis ronda pun banyak. Dan nak jumpa orang asing kuranglah sikit sebab memang kat sana majoritinya memang nak naik bas saja kan. Kat sana pun tempat makan banyak, ada KFC, Food Court, 7E, even kedai tudung pun ada.. (ni port saya kalau pergi ke TBS amek mak.. heheheh... murah-murah tu.. n banyak giler pilihann)
Tempat kereta yang luas dan selesa
Surau pun selesa
Bilik air dan juga tempat salin lampin bayi disediakan
Food Court yang menyediakan pelbagai jenis makanan
Haa.. ni tempat nak naik bas.. alar-alar macam kat airport gitu, tempat check in..heheheh..bawah ni ada disediakan toilet dan kedai-kedai untuk beli jajan juga..
Saya sampai lambat dari yang lain-lain... tak apalah sebab saya pun tak bawak orang-orang penting yang nak balik ke Sarawak tu.. Kalau tak, mahu ada yang menangis sebab flight lepas.. huhuh..
Tengok betapa ramainya orang kat KLIA time tu...semua nak balik after dah cuti panjang time Raya.. mesti kotak tu penuh kuih samperit, kuih tart, kuih batang buruk, kerepek pisang, kerepek bawang, tumpi, rempeyak, lemang, dodol, rendang....~~ko ni apa hal nak senaraikan semua nihh.......
Oh.. OK.. ni ukuran untuk saiz beg..
TAPI......
Awatnya si Aleesha dok paksa Hariz masuk dalam tu..
ni orang atau beg?? Confuse.. hahahah
Ni dah time nak masuk dah ni.. Dah calling calling lagi tuh.. Laju-laju nak masuk check in.. tapi sempat amek gambar lagi... :))))
OK all my anak sedara yang comel dan baik hati.... Jangan lupa datang rumah Mak Lang lagi ek... see u in December..
Sarawak Aku Datang!! Cewah...
Sebelum balik, sempat menyinggah di KFC Fun Land dalam KLIA tu.. bagi warming up anak-anak yang sedih sebab kena tinggal dan tak dapat naik flight... huhuhu
Makan dulu yer.. lapar dah ni...
Tadaa... Jumpa lagi.....