Friday, 25 October 2013

Adooii..ketuk kepala sket!

Assalamualaikum...





Wallahh.... sudah berkurun rupanya saya tak update blog.. Semenjak kes blog problem, hati ni rasa macam merajuk nak update apa-apa citer sekalipun.. Dan kuduga.. 'aku ni setakat hangat-hangat tahi ayam jer..' huhuhuu...

Ok Farah.. wake-up Farah.. No more time to sleep, sad, nangis ke.. hapa ker... 'Life must go on.. No matter how hopeless..Titanic???(Toinkk..toinkk..).. Bila pikir-pikir balik, tak kan sebab masalah macam ni saya kena merajuk lama-lama kot.. Alah Farah, kalau sakit ati sangat, buat blog lain.. habis cerita.. ahakkss... 'Blog lain??' Yang sedia ada tak terlayan, ada hati nak buat yang baru...

Apapun, life must go on.. Walau apa cara sekalipun..

Ok guys. kena rajin balik update blog, kena rajin bukak cerita lama.. Kalau malas-malas, saya akan merotan tangan saya sendiri... Ouucchhh!!

Tataaaaa!!! Saya nak recall balik citer-citer lama untuk citer dengan korang..hahah....

Muahh..muahh...

Tuesday, 10 September 2013

Tau topik yang sama.. tapi sedih...




Mata berpinar.... hidung dah berair... Dok mengerjakan blog nih... Still saya tak jumpa mana silapnya.. ke saya ada tick/untick something yang dah merubah segalanya...

sedihh.. penat.. tension... semua keje tak menjadik....


:(((

Masalah belum selesai



Belum settle lagi masalah blog...

Test.. Test...

Adooii... ada sesaper yang boleh membantu????

Blog ku problem!!!



Test.. test....hello... hellooo..

Aduss.. Saya tidak tahu kenapa blog saya tak leh nak appearkan 2 post terkini untuk bulan September 2013... Apalah yang saya dah klik.. Yang recent post yang appear (kalau ada yang follow blog saya), last update saya 2 minggu lepas... Kenapa yer jadik camtu??

Ni saya try buat new post, harap blog sudah ok!

Monday, 9 September 2013

Fadilat dan Khasiat Surah Al-Waqiah


Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua berkenaan Fadilat dan Khasiat Surah Al-Waqiah. Sumber dikongsi dari web http://shafiqolbu.wordpress.com.

----------------------------@@@@@@@@@@@--------------------------


Pengenalan Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.


1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah  menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:


Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

-------------------------------------@@@@@@@@--------------------

Banyakkan kelebihan mengamalkan Surah Al-Waqiah.. Jadi bolehlah dijadikan amalan setiap hari. Dengan ayat yang pendek yang berjumlah sebanyak 56 ayat, jika diamalkan setiap masa, tidak akan rasa beratnya.

Selamat beramal... Dan Usaha Untuk Hidup Yang Lebih Baik..


Tuesday, 3 September 2013

Open-house Syawal 2013


Assalamualaikum..

Nampaknya kita hampir di penghujung Syawal.. mungkin ini entry last saya tentang Syawal tahun ni.. (ye ye ool jer lah tu.., kot kuar citer kenangan lama Syawal lagi mana tau kan? heheh)..

Tahun ini rumah kami buat open house lagi setelah 2 tahun menyepi diri dari aktiviti ini dibuat di rumah.. cewah.. hahah.. 2 tahun lepas, rasanya memang tak sempat jer nak buat, tapi Alhamdulillah kali ni sempat.. jadi di kesempatan masa yang ada, memang tak leh lepaskan lah.. lagi-lagi dah akhir minggu Syawal..

Jamuan makan-makan tu kami adakan pada 31/8/2013 (Sabtu).. Alar-alar Merdeka Raya gitu! 2 in 1 yer.. sepatutnya kena pakai tema warna merah, biru, kuning, putih saja ni.. bagi semangat patriotik sket.. hahahha...

Hari sebelum kejadian (adoii ayat).. memang saya sibuk dengan keje-keje menyiapkan memasak.. Jumaat tu siap apply cuti, sebab takut tak sempat nak membeli barang lagi, nak potong bawang, buat lada boh, kemas umah, potong sayur, buat itu.. buat ini.. al maklumlah, korang pun tau kan yang saya ni bukan lah chef yang cekap kat dapur.. so, kalau chef cuma memasak 15 minit untuk 1 lauk, saya mungkin amek masa sampai 3 jam.. itu kalau 1 lauk, kalau 4 lauk, camner tu? tu baru masak, belum sesi menyediakan bahan masakan dan sesi mengemas dapur yang berkecah macam masak tuk 1000 orang makan? hahah.. bayang sendiri lah...

Tahun ni saya masak yang senang-senang saja (menu yang saya tahu buat.. hahahha).. Nasi putih, ayam masak merah, daging masak kicap, sayur lodeh, kuah kacang dan nasi impit.. and untuk dishes saya buat agar-agar.. alah..cakap banyak pun tak best.. jom layan gambar...





Pembantu tetap dan bergaji.. hehehhe...
Rajin kakak nak tolong buangkan kulit carrot ni.. tu mata pun dah layu sebab mengantuk balik sekolah..


Sayur Lodeh

Ayam masak merah

Sambal kacang

Daging masak kicap
(Ada yang tegur cakap yang saya buat ni daging masak hitam, siap puji sedap lagi.. wahh.. seronok.. seronok.. satu encouragement untuk lebih menjadik chef keluarga.. ahakss...)


Agar-agar warna warni
Budak-budak sukalah sebab warna-warni..


Agar-agar santan campur gula melaka - ntah apa namanya saya pun tak tau.. hehe..


Majlis bermula lepas Zohor.. Masa lebih kurang pukul 12.30 pm tu langit dah mula mendung.. hujan juga sudah mula turun rintik-rintik.. saya dah mula bimbang dah.. yerlah, saper nak makan semua makanan tu kalau tak der orang datang? Ya Allah, memang saya berdoa sangat masa tu moga-moga hujan akan berhenti dan cuaca baik...

Lebih kurang pukul 1.00 pm, hujan pun turun, boleh tahan lebatnya.. memang tawakal sajala masa tu. Tetapi Alhamdulillah sangat-sangat, dalam pukul 2.00 tu hujan pun berhenti dan cuaca pun makin panas.. Thank you Allah..

Ramai juga tetamu yang hadir.. Dan kebanyakannya adalah kawan-kawan En. Suami.. Biasalah, En. Suami tu kalau bab-bab makan ni, kalau boleh satu kilang dan satu taman nak dijemput.. heheh.. memang dia peramah mulut berbanding saya yang ringan mulut sikit ni.. hehehhe...

Ni antara kawan-kawan En. Suami dan jiran-jiran kami yang hadir... Ohh.. kawan saya tahun ni ada 3 orang yang datang... Walaupun tak ramai, saya bersyukur sangat, sekurang-kurangnya masih berpeluang dapat jumpa kerana yang datang ni kawan-kawan lama yang dah bertahun-tahun tak jumpa... Antaranya Anafiza dan Suryana (my ex-schoolmate masa Tingkatan 4 & 5) dan juga Kak Radziah (ex-officemate)... Kebanyakan kawan-kawan tak dapat hadir sebab ada hal masing-masing.. "Lenkali korang wajib datang tau!! Kalau tak mogok dah tak mo kawan"... (Ehh.. apsal ko ni macam budak tadika lak nihh..?? Main tak nak kawan tak kawan ni???... hahhha)

Kawan Humaira (yang baju putih comel tu..)
Dah sekolah ni dah pandai berkawan dan jemput datang rumah, guna my wassup lagi tau.. hahah


"Iskk.. manalah kawan yang lain ni.. malu woo aku nak makan sengsorang... cepat ler datang!!"


Makan.. jangan tak makan...


Bapa-bapa yang hebat...


"Tumpang letak air yer bro.. aku nak amek makanan lak pasni... "


Awatlah my En. Suami ni amek gambar sipi-sipi jer nih.. huhuhu..


Bila bapak-bapak mula bergossip.. Nampak tak, muka masing-masing serius jerkk....


OK... ready yer... 1..2...3...

Haa... Inilah En. Hamdan (Kawan En. Suami yang sama-sama berkonvoi pergi Cherating dan Terengganu tu)


Adik buat public speaking yer kat tengah tu... phewittt!!!!


Jom tambah lauk lagi dehh..


Relax jer adik ni datang rumah saya sengsorang.. Anak jiran saya sebenarnya, mak dia datang lewat sikit.. memang berani lah adik ni.. Cayalah dik!!!

Gossipp.. gossipp...

Officemate En. Suami


Ohh.. You are so cute En. Suami.. heheheh...




"Tu buang sampah kat sana tu...."

Pn. Hasni so cute..
"TQ Puan untuk nasi yang sedap masa open-house hari tu... nak resepi boleh tak??"


Kawan saya, Suryana dengan dua anak yang comel..
Nampak tak mata anak dia yang bulat tu.. geram betul saya..



Ini kawan saya juga, Anafiza bersama anak sulung dia... coming soon nak dapat adik... :)
Tapi kenapa yer saya tidur dalam senyuman.. Awww... malu I...


Tapi sayang sangat sebab saya terlupa nak amek gambar dengan Kak Radziah (Kak Zie).. Sorry sesangat Kak Zie, sibuk ke hulu hilir top-up makanan sampai lupa amek gambar.. soobbss.. sobss... sedih sangat.. dah ler susah nak jumpa...

Memang tak cukup tangan sepanjang petang tu.. nak top-up makanan, nak layan jiran, budak-budak, isteri-isteri kawan En. Suami, kawan-kawan sendiri, saudara mara.. Ohh.. ohh.. macam nak patah kaki tangan...

Malam tu ada lagi orang datang.. Nasib baik masih ada makanan lagi.. Kalau tak terpaksa jamu dengan kuih raya saja.. Sekali datang 3 keluarga yang besar-besar.. Haa.. amek ko.. Sampai gelas terpecah kat dapur sebab kelam kabut sangat..

Esok paginya, En. Suami tolong basuhkan pinggan mangkuk, periuk kuali semua... Terima kasih En. Suami... Loves U!!!

OK, sebab kerja-kerja membasuh dah En. Suami tolong bereskan, bolehlah kita pergi open house orang pulak yer... Daaaa...


Ni first time saya pakai shawl.. amatlah tunggang langgang.. tu gambar kena bagi soft sket alar alar ayu gitu... cett...
Jom.. jom ... pergi beraya!!!

Monday, 26 August 2013

Dari Rawang ke KLIA


Assalamulaikum..

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kakak naik sekolah.. dan rutin kelam kabut saya bermula semua setelah lebih sebulan saya relax... Kenapa relax? Sebabnya bulan puasa saya tak perlu tergegas-gegas masakkan bekal utuk kakak bawak pergi sekolah... lepas sahur tu, bolehlah beralih ke keje2 lain selain masak... tapi bila naik sekolah jer, start bz semula... jadik chef yang tak se'chef' mana di dapur.. hahahha... Humaira ni pelik sket.. dia kalau pergi sekolah, cuma nak bawak nasi goreng jer... mee mee dia tak suka.. jadik sudahnya hari2 lah saya masakkan dia nasi goreng.. sampai saya pulak naik muak makan nasi goreng hari2.. muka pun nak jadik nasi goreng dah...wewewee..... sebabnya alang2 masak tuk dia, tapau skali tuk saya bawak pi keje... tulah yang saya ngadap hari2... sampai member keje pun dah tau apa bekal saya bawak dalam beg tu.. hahahah...

Hari ni bukan nak cerita pasal nasi goreng yer u ollss.. tapi entry kali ni nak share tentang cerita dan gambar anak2 sedara saya yang tinggal kat Sarawak.. kakak saya memang duduk dan kerja di sana, n dia orang dah hampir 14 tahun rasanya duduk kat Sarawak.. saya pun baru jer 2 kali pergi ke sana.. tu pun lama dah, masa kakak umur 6 bulan dan umur 2 tahun camtu... tapi In Shaa Allah bulan Disember nanti nak ke sana lagi.... weeeeeee!!!!!! Seronoknya...

Sabtu lepas merupakan hari terakhir anak2 sedara saya ni kat Semenanjung sice dah 2 minggu cuti beraya di Johor dan Pahang.. setiap kali balik DARI dan KE Sarawak, rumah saya adalah rumah persinggahan.. alar2 homestay gitu.. hehhehe... sebabnya kitaorang akan ambil dan hantar mereka ke airport... anak2 saya lah paling happy bila sepupu-sepupu ni datang rumah.. yerlah, jumpa pun sekali sekala... jadik bila mereka datang rumah, memang bingit lah rumah... macam tongkang pecah jadiknya.... hahah.... tak kisahlah girlss.. as long as u ols happy.. mak lang no problem punya....:)

Malam Jumaat anak-anak sedara sampai rumah... so, malam tu masing-masing tido lambat.. sebabnya???? sibuk main bunga api.. dah ler time tu kebetulan hujan.. terpaksalah main di depan rumah tu jer... tapi nama pun budak-budak kan.. tak kira main kat mana, diaorang ok jer.. yang penting heppi!!




Nampak tak baldi kat gambar tu?? Fungsinya tuk buang semua besi-besi bunga api cap kucing tu.. kang kena kaki naya...


Sumber : En. Google

Dulu time saya kecik-kecik bunga api besi tu gambar kucing, sekarang ni gambar mickey mouse kot kalau tak silap.. peredaran zaman.. haha..


Esoknya, saya masih 50-50 nak ikut ke tak hantar pergi KLIA... sebabnya saya meamng jarang ikut sebab kere tak muat.. anak-anak kakak jer dah 5 orang, campur mereka suami isteri dan en. suami (pemandu) + humaira (biasanya anak dara ni akan ikut).. oohh... memang lah tak muat.. kalau muat pun tersendat2 sendat... barang jer dah berkotak dan berbeg... so...nak pergi ke tak nihhh?????

?
?
?

Bila pikir masak-masak... (sampai hangitt!!).. masa jam dah pukul 10.30 pagi...saya decide.."OK girls, mak lang nak ikut!!!" Ini sebab memikirkan flight pukul 3pm, maknanya memang cun kalau saya ikut, lepas hantar boleh kuar rewang-rewang dengan En. Suami dan anak.. paling kurang dapat jalan-jalan kat airport cuci mata pun jadiklah.. hahaha...


These gals kalau suruh bergambar No. 1

Sebab kete pun tak muat.. En. Suami suh saya naik komuter dengan Amirul... kakak dan Hariz naik kete ngan lain2.. huhuhu... sampai ati... tapi komuter pun komuterlah.. janji den sampai...

Untuk pergi ke KLIA dengan mengunakan public transport, kita boleh menggunakan ERL (Express Rail Link). Kita boleh pilih sama ada mahu menggunakan KLIA Express atau KLIA Transit. Jom kita view secara ringkas antara dua cara ini :

KLIA Express :
KLIA Express adalah direct dari KL Sentral terus ke KLIA tanpa henti. Itu sebab namanya Express, dan ia hanya memakan masa dalam 28 minit saja untuk ke KLIA. Tambangnya RM35.00 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak. Kekerapan perjalanannya adalah setiap 15 minit untuk waktu puncak dan setiap 20 minit untuk waktu biasa. Kalau after midnight 30 minit sekali.

Waktu puncak : Isnin-Jumaat - (6am-9.00am & 4.00pm - 10.00 pm)
Waktu biasa : Isnin - Jumaat  (5.00am - 6.00 am, 9.00am - 4.00pm & 10.00pm - 12.00am, hari Sabtu dan Ahad)


KLIA Transit
KLIA Transit ada 5 stesen di antaranya iaitu KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA. Setiap stesen tambangnya berbeza-beza.




Jadualnya pulak macam ni..




Untuk trip kali ini, saya decide untuk naik komuter dari Rawang dan ambil ERL di Bandar Tasik Selatan. Sebab utamanya adalah untuk mengurangkan tambang.. Dari kena RM35.00 bila naik dari KL Sentral, saya sanggup naik KLIA Transit yang mana tambangnya baru RM26.50. Beza RM8.50 tu walaupun jaraknya tak jauh mana..Memang berkira saya bab duit.. hahahha... 



Amirul dengan gayanya.. mesti tutup telinga tiap kali nak bawak naik tren.. hahahah..
"Bising!! Bising!!!" jerit jer kejenye...


Sementara tunggu ERL sampai, sempatlah tengok LRT lalu.. di Bandar Tasik Selatan ni, ada banyak kemudahan awam lain yang disediakan, antaranya STAR LRT, Komuter, ERL dan yang terbaru adalah Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

TBS merupaan hub bas untuk bas-bas ekspress yang menuju ke selatan seperti Johor dan Melaka. Memandangkan saya pun orang Johor, memang saya akui pembinaan TBS ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna bas. Kalau tak, selama ni semua orang terpaksa bersesak di Puduraya. Dengan jem, dan sibuknya bayangkan macam mana sempitnya dan susahnya mereka yang nak naik bas ni.. Dengan barang yang banyak bagai tu.. arrgg.. memang amat mentensionkan.. tu belum masuk bab bas sampai lambat.. kena pulak tunggu kat bawak tempat bas tu.. panas, bahang dan amat lah tak selesa... kalau orang yang bawak anak kecil tu, lagilah.. budak menangis jer kalau bab panas ni... adooii...

Tapi semenjak ada TBS ni, memang masyuk lah.. mak saya datang naik bas pun saya tak risau sangat dah, sebabnya kalau saya lambat pun, mak boleh tunggu di Food Court ataupun di surau.. Tempat selesa dan selamat.. Polis ronda pun banyak. Dan nak jumpa orang asing kuranglah sikit sebab memang kat sana majoritinya memang nak naik bas saja kan. Kat sana pun tempat makan banyak, ada KFC, Food Court, 7E, even kedai tudung pun ada.. (ni port saya kalau pergi ke TBS amek mak.. heheheh... murah-murah tu.. n banyak giler pilihann)



Tempat kereta yang luas dan selesa


Surau pun selesa

Bilik air dan juga tempat salin lampin bayi disediakan


Food Court yang menyediakan pelbagai jenis makanan 




Haa.. ni tempat nak naik bas.. alar-alar macam kat airport gitu, tempat check in..heheheh..bawah ni ada disediakan toilet dan kedai-kedai untuk beli jajan juga..




Saya sampai lambat dari yang lain-lain... tak apalah sebab saya pun tak bawak orang-orang penting yang nak balik ke Sarawak tu.. Kalau tak, mahu ada yang menangis sebab flight lepas.. huhuh..


Tengok betapa ramainya orang kat KLIA time tu...semua nak balik after dah cuti panjang time Raya.. mesti kotak tu penuh kuih samperit, kuih tart, kuih batang buruk, kerepek pisang, kerepek bawang, tumpi, rempeyak, lemang, dodol, rendang....~~ko ni apa hal nak senaraikan semua nihh.......


Oh.. OK.. ni ukuran untuk saiz beg..

TAPI......


Awatnya si Aleesha dok paksa Hariz masuk dalam tu..
ni orang atau beg?? Confuse.. hahahah



Ni dah time nak masuk dah ni.. Dah calling calling lagi tuh.. Laju-laju nak masuk check in.. tapi sempat amek gambar lagi... :))))



OK all my anak sedara yang comel dan baik hati.... Jangan lupa datang rumah Mak Lang lagi ek... see u in December..
Sarawak Aku Datang!! Cewah...


Sebelum balik, sempat menyinggah di KFC Fun Land dalam KLIA tu.. bagi warming up anak-anak yang sedih sebab kena tinggal dan tak dapat naik flight... huhuhu

Makan dulu yer.. lapar dah ni...




Tadaa... Jumpa lagi.....